Tuesday 28 August 2012

Tips Mengatasi Perasaan takut Menjelang Peperiksaan

Adalah menjadi lumrah bagi setiap pelajar untuk merasa gemuruh menjelang peperiksaan yang membawa kepada perasaan takut untuk menghadapi peperiksaan terbit dalam diri.






Perasaan sebegini sebenarnya dapat diatasi dengan melakukan beberapa perkara  yang dapat memberikan relaksasi dan meningkatkan keyakinan diri. Berikut adalah tips-tips untuk mengatasi perasaan takut menjelang peperiksaan :
  1. Berfikiran Positif  - Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.
  2. Lakukan latihan minda - Latihan ini melibatkan duduk dengan selesa, melakukan tarik hembus nafas, membayangkan kejayaan anda pada masa lalu yang dapat meningkatkan keyakinan diri dan keinginan untuk mengulangi kejayaan tersebut.
  3. Persediaan emosi - Elakkan pergaduhan sesama rakan dan ibu bapa kerana hal ini dapat menggangu emosi diri. Juga elakkan dari mempunyai teman istimewa (cinta monyet ) kerana pastinya pelajar-pelajar masih terlalu muda untuk mempunyai hubungan sebegitu.. Dahulukan pelajaran Utamakan pencapaian.
  4. Jangan Overconfident - Keyakinan adalah perlu dalam menghadapi peperiksaan tetapi jangan terlalu tinggi keyakinan itu sehingga boleh memudaratkan diri. Bersederhanalah dalam kehidupan dan pemikiran. Keyakinan itu perlulah secara berkadaran dengan kemampuan kita, bak kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'.
  5. Tuliskan target anda dikertas - tuliskan impian anda secara nyata..jangan anda tulis diingatan sahaja, kerana anda pasti akan lupa dan simpanlah sehingga tulisan itu menjadi coretan kerana anda telah mencapai target anda.
  6. Berdoa dan bertawakal - Kita hanya merancang dan berusaha, yang menentukan adalah Allah S.W.T...maka berdoa dan bertawakal lah setelah berusaha.

Labels